Quantcast
Channel: JOZAN FC, MALAYSIA
Viewing all 155 articles
Browse latest View live

Video JOZAN di Maharaja Lawak Mega Minggu ke 5 & 6

$
0
0

Minggu ke-6 ~ bertemakan Program Tv


Minggu ke-5~ bertemakan Muzikal Komedi


Akan datang Minggu ke-7 bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah..teruskan mengundi JOZAN...

Aktiviti ZIZAN Bersama FC

JOZAN Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 7 (Gambar2)

$
0
0
Assalammualaikum..
Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun berlalu dengan bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah..Alhamdulilah kedudukan undian JOZAN masih berada ditangga teratas..terima kasih pada semua penyokong JOZAN yang terus mengundi JOZAN..jom layan gambar-gambar JOZAN di MLM2012 Minggu ke-7..semua gambar2 ini credit kepada BuahMulut.com

Segmen pertama~Loghat




Segmen kedua~ KemBaLi Ke Sekolah






Minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2012 akan berlangsung di Terengganu dengan bertemakan Cerita Rakyat & Radio.. Good Luck to JOZAN..sama2 lah kita doakan supaya JOHAN cepat sembuh dan pulih seperti biasa aminnnn..apa pun teruskan mengundi JOZAN yer...

Happy New Year 2013

$
0
0
2012 - A lot of things happened throughout this year. I can't thank enough for all good memories from you all. Your supports, loves and everything for JOZANFC, kami amat-amat menghargai setiap apa yang anda semua lalukan untuk JOHAN & ZIZAN. Kepada anda yang sentiasa menyokong JOZAN terima kasih banyak-banyak. Without you guys, kitorang tak akan dapat bertahan sampai macam ni sekali. Sebagai salah seorang AJK Tertinggi kelab ini, i'm truly grateful to have you guys. Thanks a lot! Untuk Committee Members yang banyak berjasa and menolong, thank you! For 2013, we have a lot of things planned. ^_^ Just keep on checking our updates from time to time. Don't missed it! 

Lots Of Love : -  MAS ABDUL HAMID

ViDeo JOZAN Di MaHaRaJa LaWak MeGa 2012 MiNggu ke 7 & 8

$
0
0

Video JOZAN di MaHaRaJa LaWak MeGa 2012 Minggu ke-7 untuk tema Loghat dan Kembali ke Sekolah



Video JOZAN di MahaRaja Lawak Mega 2012 Minggu ke-8
Segmen pertama~tema Cerita Rakyat


Segmen Kedua~tema Radio


teruskan mengundi JOZAN in MLM2012

TeRuskan SoKoNg JOZAN

$
0
0
Assalammualaikum..
Kepada semua peminat JOZAN..teruskan menyokong JOZAN dan teruskan mengundi JOZAN..ketika ini JOZAN sangat memerlukan sokongan dan undian anda..jadi teruskan mengundi habis-habisan..semoga JOZAN terus sukses sampai ke final Maharaja Lawak Mega 2012..aminnn..sama2 lah kita doakan agar JOHAN cepat sembuh dan kembali beraksi di pentas MLM2012..Tema MLM2012 minggu ke-9 adalah Peribahasa dan Silent Comedy..MLM2012 Minggu ke-9 akan diadakan di Perak..jadi orang Perak turun ramai2 sokong JOZAN k.. =) semoga semuanya berjalan lancar untuk JOZAN amin....


credit Utusan Malaysia

P/s~ Tahniah JoHaN & Ozlyn dapat Baby Boy semalam 7 Januari 2013 =)

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki~Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Sambut Orang Baru

Kempen JOZAN MLM2012-Video2 JOZAN From FaNs

$
0
0
Assalammualaikum..
Jangan lupa vote JOZAN di Minggu ke-9 MahaRaja Lawak Mega 2012...tahniah juga pada JOZAN (Johan & Zizan) kerana tercalon dalam top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian..so teruskan menyokong dan mengundi JOZAN dalam MLM2012 dan juga ABPBH..pasal ABPBH admin akan update dalam entry yang akan datang..so teruskan singgah ke blog ini yer..mari kita layan video2 JOZAN yang dibuat dan diedit khas oleh peminat2 JOZAN..Jom layan video2 dibawah yer..


Credit to Melati Desa

Video from Miss BaNu

Credit to Nur Hazwani Ghazali

Credit to Nur Fariha

Semoga terhibur menonton video diatas =)

ViDeo JOZAN Di MaHaRaJa LaWak MeGa 2012 MiNggu ke 9

$
0
0
Assalammualaikum...'
Alhamdulilah JOZAN ke Final..teruskan vote JOZAN di Maharaja Lawak Mega 2012..doakan JoHan dan Zizan dapat perform sama2 di final nanti..amin..
jom layan video persembahan JOZAN (ZizaN) di minggu ke 9...
SegMen  Pertama-Peribahasa


SegMen Kedua-Silent Comedy


Credit kpd owner gambar ni
credit to Iman Jozannerz 

JOM UNDI JOZAN DI ABPBH DAN MLM2012

$
0
0
Assalammualaikum..
Alhamdulilah berkat usaha semua peminatJOZAN (JOHAN & ZIZAN) mereka akhirnya tercalon dalam top 5 (Peringkat Akhir) Anugerah Bintang Popular Berita Harian..so kepada semua teruskan mengundi JOZAN ye, biar dua2 menang di ABPBH nanti..cara nak mengundi adalah dengan menggunakan borang undian yang terdapat dalam akhbar Berita Harian..jadi hantarkan borang undian untuk JoHaN dan Zizan sebanyak mungkin..Selain kategori utama terdapat juga kategori online yang mana JOZAN turut tercalon dalam kategori Gandingan di Layar Serasi jadi jangan lupa mengundi JOZAN setiap hari..selain itu Zizan turut tercalon dalam 5 kategori lain untuk undian online..Jadi untuk mengundi online boleh la klik -> http://abpbh.com.my/undilah


Banner2 diatas credit to Nur Hazwani Ghazali..



Selain ABPBH jangan lupa vote untuk JOZAN di Maharaja Lawak Mega 2012..jumaat ni dah Final..pastikan JOZAN jadi JUARA yer...vote awal2 jangan last2 minit takut undian x masuk bila dah last minit.. =)
Banner2 diatas credit to Fyza Jozannerz

SeMoga JOZAN Jadi JuaRa MahaRaja LaWak MeGa 2012

$
0
0
Assalammualaikum..
Today is the day..Final Maharaja Lawak Mega 2012..jadi marilah semua mengundi JOZAN di final ini..dan moga kejayaan menjadi milik JOZAN amin..sama2 lah kita doakan..semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk JOZAN yer..vote for JOZAN vote dari sekarang yer..jangan tunggu disaat2 akhir..
moga JOZAN jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012..amin..


TahNiah JOZAN-JuaRa MahaRaja Lawak MeGa 2012

$
0
0
Assalammualaikum..
alhamdulilah berkat undian dan sokongan semua peminat JOZAN,akhirnya JOZAN menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2012..terima kasih pada semua diatas undian dan sokongan korang semua..teruslah menyokong JOZAN sampai bila2 yer =) (gmbr diatas credit to Jozannerz Dsyg)



Jom tengok video JOZAN di FinaL MahaRaja Lawak Mega 2012..

Tema~Bebas


Tema~Muzikal Komedi


Pengumuman Juara MLM2012

Artikel Kemenangan JOZAN dalam Akhbar2 dan BLoG

ArtiKeL KeMeNaNgaN JOZAN DaLam AkhBar2 Part 2

KemPen UNDi JOZAN DaLam ABPBH

$
0
0
Assalammualaikum..
Selesai sudah Maharaja Lawak Mega 2012 dan kemenangan milik JOZAN Alhamdulilah..sekarang ni kita fokus pula untuk vote dan support JOZAN dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian..undian boleh dilakukan melalui borang undian yg terdapat dalam akhbar Berita Harian serta undian juga boleh dilakukan menerusi SMS..selain itu terdapat juga kategori online..

(KateGori Utama)
Vote JoHaN 
(Artis Komedi Lelaki Popular)
(Penyampai Radio Lelaki Popular)

Vote ZizaN 
(Pelakon Filem Lelaki Popular)
Pengacara TV Lelaki Popular
Artis Komedi Lelaki Popular

KaTeGoRi OnLine
boleh vote secara online KLIK SINI


Vote Menerusi SMS ~ 
(JOHAN ) gmbr dibawah credit to MasJokoJozan
(ZIZAN) gmbr dibwh credit to Fyza Jozannerz

JOm VOTE JOHAN DAN ZIZAN..(JOZAN)

Lawak Ke Der 2 Ke Pawagam

$
0
0
Assalammualaikum..
pada sesape yg terlepas nk menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya tu bolehlaa tengok Lawak Ke Der 2 di Pawagam pula bermula 7 Mac 2013..jangan lupa tengok lawak ke der 2 di pawagam yg berdekatan dgn korang..Jom tengok artikel akhbar mengenai Lawak Ke Der 2 di pawagam..credit Harian Metro..

Selepas mencetus fenomena ketika dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada Februari tahun lalu, persembahan ‘Stand-up Comedy’ Lawak Ke Der bakal diangkat ke layar perak pula buat julung kalinya sekali gus melakar sejarah dalam bidang perfileman tempatan.
Menggunakan judul sama, Lawak Ke Der 2 terbitan Tall Order Productions (TOP) ini akan ditayangkan dalam bentuk filem berdefinisi tinggi (HD). 
Penerbit dan pengarahnya, Hans Isaac berkata, pihak–nya mendapat idea untuk me- 
ngangkat persembahan Lawak Ke Der 2 ke pawagam untuk memastikan ia ditonton lebih ramai peminat setia persembahan genre komedi berkenaan. 
“Sebelum ini, sebanyak 15 persembahan musim pertama dan kedua Lawak Ke Der ‘sold out’ bila dipentaskan di IB pada Februari lalu. Ia membuktikan jenama Lawak Ke Der berjaya menambat hati penonton di negara ini. 
“Malah, Lawak Ke Der musim pertama juga berjaya menarik seramai 2.4 juta penonton di laman YouTube. Manakala, pementasan Lawak Ke Der 2 berjaya menarik seramai 30,000 penonton apabila dipentaskan di IB sekali gus menutup tirai 2012. 

“Bagaimanapun, pihak kami menerima banyak maklum balas dari orang ramai untuk mementaskan semula Lawak Ke Der 2 di IB kerana tiket yang membabitkan sebanyak enam pementasan sebelum ini habis terjual. 

Justeru, filem Lawak Ke Der 2 diharap dapat memenuhi cita rasa peminat setia persembahan komedi di luar sana untuk sama-sama bergelak ketawa di pawagam nanti,” katanya. 

Berkongsi cabaran menerbitkan filem Lawak Ke Der 2 itu, kata Hans, pihaknya terpaksa memotong sebanyak 30 peratus daripada versi asal selama dua jam setengah kepada 105 minit saja dalam bentuk filem. 

“Pihak kami terpaksa menyunting semula dan memilih aksi serta babak terbaik untuk diterbitkan dalam bentuk filem tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita asalnya. 

Paling susah ialah untuk menyunting lima minit yang terakhir untuk menutup filem ini. Antara babak yang terpaksa dipotong atau disunting semula ialah babak ‘perempuan jadian’ dan dialog ‘double meaning’. 

“Pihak kami terpaksa berulang-alik ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam proses untuk mendapat kelulusan tayangan filem ini. Jika nak diikutkan saya tidak puas hati kerana pihak LPF tetapkan had umur untuk penonton berusia 18 tahun ke atas kerana lawak yang ditampilkan dalam filem ini agak matang. 

Namun, saya terpaksa akur dengan keputusan LPF itu,” katanya. 
Hans ditemui di sidang akhbar filem Lawak Ke Der 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 ini berkata, filem Lawak Ke Der 2 dimantapkan dengan penampilan enam pelawak terbaik tanah air iaitu Nabil, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Johan dan Zizan. 

“Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil yang juga Juara Raja Lawak Musim Ke-2 akan menghiburkan penonton dengan aksi ‘stand-up comedy’nya. 

Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan. 

“Afdlin dan Harun (Boboi) sering muncul dengan sketsa baru yang kreatif dan mempunyai mesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 ini sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan 
‘Gegirl’. 

“Selain dari ‘Halussss’, Harith yang dikenali sebagai ‘Malaysia’s King of Comedy’ juga sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang komedi dan berjaya mendekatkan penonton tempatan dengan ‘stand up comedy’ sebenar. 

“Begitu juga keserasian gandi–ngan Johan dan Zizan (Jozan) yang tidak dapat disangkal lagi. Ayat ‘Last payyyperr’ yang diperkenalkan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der pertama masih menjadi ikutan anak muda ketika ini,” katanya. 

Ditanya harapannya pada filem Lawak Ke Der 2 itu, kata Hans, sudah pasti pihaknya mengharapkan ia bakal mencecah kutipan pecah panggung nanti. 

“Filem ini membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta. Manakala, kos untuk promosi saja sudah mencecah setengah juta ringgit kerana kami ingin memberikan yang terbaik pada filem ini. 

“Apapun, saya sedar risiko yang kami hadapi menerbitkan filem ini memang tinggi tapi selepas berbincang dengan semua pelakon yang turut menjadi penerbit bersama untuk filem ini, kami sanggup mengambil risiko itu kerana ingin melihat sambutan dari penonton nanti,” katanya. 

Filem Lawak Ke Der 2 bakal menjengah sebanyak 70 pawagam seluruh tanah air 7 Mac 2013. Ia turut ditayangkan di pawagam Singapura dan Brunei Darussalam.

TraiLeR Dan Gambar2 LawaK Ke Der 2

$
0
0
Assalammualaikum..
Jangan lupa menonton Lawak Ke Der 2 dipawagam berhampiran bermula 7 Mac ini..jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi2 lucu JOZAN dalam Lawak Ke Der 2 ini..Admin sertakan sekali Official Trailer Lawak Ke Der 2 dibawah ini..beserta beberapa gambar..



TraiLer Lawak Ke Der 2

JoHaN Di JoHaRa PaGi ERa

$
0
0
Assalammualaikum..
Seperti yang diketahui ramai..isnin lalu JohaN telah kembali bertugas di Konti Radio Era..di Segmen JoHara Pagi Era setiap Isnin hingga Jumaat 6-10 pagi..so Welcome Back to JoHaN :-)
Hari ni admin nak upload audio rakaman JoHaRa Pagi Era pada hari isnin yg lalu 4 Feb 2013..kredit to Rin (Jozannerz Dsyg) atas video/audio dibawah ini..semoga semuanya terhibur mendengarnya. =)

Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part1]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part2]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part3]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part4]



GGMJ : Awiieehh..



JOHAN aka Awiieehh - Sayang


P/s~Jangan lupa vote JoHaN, ZizaN dan juga JOZAN untuk ABPBH secara sms/borang undian serta untuk kategori online..

ZiZaN Ke EroPaH

$
0
0

EKSKLUSIF Zizan Razak Duta Produk Mamee Terbang Ke Eropah Untuk Kempen MiTarik
Ingat lagi tak, semasa Majlis Pelancaran Peraduan Mister Potato dan Chevrolet beberapa minggu yang lepas, Budiey ada twit di Twitter Budiey @budiey yang mana pelawak terkenal dan pengacara Melodi, Zizan Razak akan dilantik sebagai duta produk Mamee tak lama lagi.
Namun, sebelum apa-apa lagi, pihak Mamee telah pun menghantar Zizan Razak ditemani oleh seorang penyanyi wanita remaja bergelar Kaka Azraff ke Eropah untuk melancong dan yang pastinya, bila dah syarikat Mister Potato yang taja, sah-sahlah mereka akan dibawa ke Stadium Old Traffords untuk menonton perlawanan bola sepak kat sana. Pergh! Best. Budiey pun dah pergi ke sana dan ditaja oleh Mister Potato ni. Memang diorang gempak dan bermurah hati sangat! Misteri Potato dan Mamee juga akan menaja goodies dan hadiah cabutan hadiah untuk Party Budiey nanti. Terima kasih banyak ya!
Mister Potato adalah antara penaja untuk Manchester United. Jadi, alang-alang ke sana, mesti diorang ambil peluang untuk jalan-jalan ke bandar berdekatan seperti London, Amsterdam dan Manchester. Kerlast! Best!. Baik sungguh hati Mamee kan? Itu belum lagi buat pengumuman kat semua yang Zizan jadi duta, dah kasi layanan istimewa. Itulah kelebihannya! Untungla Zizan.
Namun, Budiey diberitahu, Zizan dan Kaka terbang ke Eropah bukan saje mahu jalan-jalan makan angin. Tapi mereka membawa satu misi iaitu Mamee #MiTarik, di mana ia menjadi projek eksklusif untuk Zizan Razak.
Wah, mesti ramai yang tertanya apa itu Mi Tarik. Kalau Tea Tarik kita tahu la kan. Memang femes di merata dunia pun. Jadi, kempem #MiTarik adalah kempen membawa produk terbaru Mi Segera Mamee #MiTarik kepada pelajar-pelajar Malaysia, perantauan warga negara Malaysia yang bekerja kat sana dan tak ketinggalan penduduk Eropah.
Produk terbaru dari Mamee ini sebenarnya adalah produk inovasi dengan teknologi purba abad ke 15 dari China. Haha, bukan sebarang produk. Budiey pun teruja nak tahu bagaimana la rasa produk ni. Mesti rasanya lain dari produk Mamee yang lain, kan? Sebelum ini, teknologi MiTarik ni digunakan dalam produk Mameechef yang resepinya disumbangkan oleh Dato’ Chef Ismail. Sekarang ini hanya ada perisa Tom Yam Thai. Budiey dengarnya, ada dua lagi perisa yang akan dikeluarkan tak lama lasi serentak dengan pelancaran MiTarik di Malaysia. Rasanya meenya lebih padat dan kenyal. Hashtag #Yummeh! Haha.
Budiey dikhabarkan, Zizan dan Kaka juga terlibat dengan pengambaran sebuah video klip untuk sebuah lagu yang dibuat khas untuk kempem #MiTarik. Kalau korang nak tahu lagu apa, nanti Budiey kasi tau. Bila dah siap video tu nanti, Budiey akan letak kat blog ni. Difahamkan, lagu itu adalah lagu yang diubah dan diolah semula dari sebuah lagu yang popular, Bawa Aku Pergi. Mesti gempak sebab lagu yang mereka nyanyikan semula ni diubah mengikut tema kempen ini. Jadi lirik dia ada kelainan sikit.
Korang jangan pula ke kedai untuk cari produk #MiTarik ni sebab produk ni masih belum dijual dan dilancarkan di pasaran. Produk ini akan mulai menjengah di pasaran bermula hujung Mac ini. Iklan TV untuk produk #MiTarik ini pun belum lagi dibuat. Budiey dengar, mereka akan buat pengambaran iklan pada 15 Februari ini bersama Zizan Razak.
Yang pasti, penduduk London, Amsterdam dan Manchester telah pun mencuba produk ini untuk pertama kalinya. Dan mereka telah diberi peluang untuk memberikan komen dan maklum balas untuk mempertingkatkan lagi rasa produk #MiTarik sebelum dipasarkan di Malaysia.
Kepada peminat Zizan Razak yang belum tahu, Zizan dan Kaka serta rombongan Mamee telah mendarat ke kota London pada 4 hingga 6 Februari lalu. Dari London mereka singgah ke Amsterdam dari 6 hingga 8 Februari. Kemudian, mereka akan ke Manchester pada 9 hingga 11 Februari dan akhir sekali mereka akan pulang semula ke Londoh pada 11 hingga 14 Februari di London.


MajLis KeSyuKuRaN BeRsaMa JoHaN

$
0
0
Assalammualaikum...
tanggal 9 Februari 2013 (Sabtu) yang lalu, berlangsungnya MajLis Kesyukuran JoHan di Wisma LJT, Taman Melawati..Majlis Kesyukuran ini terbuka kepada semua, ramai peminat yang hadir ke Majlis Kesyukuran Bersama Johan ini dan Alhamdulilah Majlis tersebut berjalan dengan lancarnya. Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda menghargai para penyokong yang sentiasa menyokong JoHaN dari dulu sehingga kini, dan juga sebagai Majlis Kesyukuran atas kejayaan JOZAN di MahaRaja Lawak MeGa 2012 serta Majlis Cukur Jambul anak ketiga Johan.
gmbar diatas credit to FB Johan Rajalawak FC
gambar diatas credit to Jozannerz Dsyg
Gambar diatas credit to Nisa Thirah..
Viewing all 155 articles
Browse latest View live